Saturday, 18 April 2020

VIRALBaru keluar wad, warga emas berkerusi roda lemah tunggu bas nak balik rumah

Siapa yang tidak sedih apabila melihat insan tidak berdaya seperti warga emas terpaksa berusaha semampunya untuk bergerak menggunakan kudrat yang tidak seberapa.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial yang memuat naik kisahnya bertemu seorang pakcik ditepi jalan dalam laman Facebook Penang Kini.

Berkerusi roda nak balik rumah

Menerusi posting tersebut, seorang lelaki tua berkerusi roda didakwa baru sahaja keluar dari Hospital Seberang Jaya mahu pulang ke rumahnya.

Dalam perkongsian itu juga, pengguna tersebut memaklumkan pada walnya dia ingin membantu menghantar pulang sahaja warga emas itu ke rumahnya, namun memikirkan dalam tempoh PKP, lebih elok jika menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Nampak lesu tak bermaya

Dalam gambar-gambar yang disertakan, jelas sekali warga emas tersebut kelihatan sangat tidak bermaya. Dia juga memberitahu bahawa baru keluar dari wad dan dihantar seseorang ke perhentian bas berdekataan untuk pulang ke rumah.

Terima kasih kepada yang menolong

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu yang menolong dan pihak polis yang sedia menghantar warga emas terbabit pulang kerumahnya.

Warganet juga mengakui sebak melihat kondisi lelaki tua itu yang begitu lemah diatas kerusi roda dalam keadaan cuaca panas terik.

Aduhh sedihnya. Teringat dekat arwah bapa

 

Orang2 sekitar memang dah kenal pakcik ni?

Sumber : ohmymedia

No comments:

Post a Comment