Sunday, 19 April 2020

“Tegurlah Isteri” – Aiman Hakim Ditegur Kerana Zahirah Macwilson Terlalu S3ksi

Aiman Hakim Redza dan Zahirah Macwilson boleh dikatakan sebagai pasangan selebriti paling sempurna di Malaysia. Mana tidaknya, kedua-dua pasangan ini tinggi lampai dan mempunyai wajah yang sangat menawan.
Malah, gambar-gambar yang dikongsikan di laman Instagram mereka berdua juga sering mendapat pujian para peminat. Kata orang, boleh bersemut skrin telefon tu!
Terbaru, Aiman berkongsikan gambar terbaru mereka berdua yang bertujuan menunjukkan sokongan kepada kempen UNICEF dengan membeli gelang tangan.
Namun, lain pula yang terjadi apabila gambar berkenaan mendapat reaksi kurang senang daripada sesetengah netizen yang beranggapan Zahirah berpakaian terlalu s3ksi.
“Jaga marvah…”

“Walaupun dah halal…”
“Jaga aurat”
“Ajar isteri menutup aurat dengan baik”
Meskipun komen-komen tersebut bertujuan memberi teguran kepada pasangan ini, medium ruangan komen yang digunakan seolah-olah kelihatan kurang sesuai. Apa komen korang?
  
Sumber: CARI

No comments:

Post a Comment