Monday 25 May 2020

“Kak Su Buat Hal” – Drama Alih Suara Reen Rahim Bikin Dekah!

Drama alih suara reen rahim main 2

Drama Pujaan Hati Kanda yang menjadi satu fenomena sekitar tahun lalu telah menaikkan lagi nama anak seni Reen Rahim. Melakonkan watak sebagai Kak Su, bakat lakonannya terserlah menerusi drama ini. Malah beberapa babak lakonan selamba Reen Rahim pernah menjadi bualan hangat netizen.
Bukan sahaja cantik, gelagatnya yang kadang-kadang ‘masuk air’ juga mampu membuatkan ramai tertawa. Terbaru Reen Rahim berkongsikan satu video yang memaparkan satu babak menerusi drama Pujaan Hati Kanda.

Reen Rahim
Menerusi babak itu selain Reen Rahim, turut kelihatan beberapa pelakon hebat iaitu Sarah Hildebrand, Mira Filzah dan Aida Khalida. Namun apa yang membuatkan ramai terhibur apabila babak yang dilakonkan itu disunting dan dialih suara.
Situasinya pula dibuat Sarah Hildebrand datang ke rumah Reen Rahim untuk beraya. Tapi disebabkan penularan Covid-19 kini, dia tidak membenarkan Sarah memasuki rumahnya. Berikut video drama alih suara Reen Rahim yang dimuat naik menerusi Youtube milik selebriti ini:
Video tersebut telah meraih hampir 8 ribu tontonan sejak dikongsikan beberapa hari lalu. Rata-rata netizen terhibur dengan drama alih suara Reen Rahim ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Sakit perut sia aku ketawa”
Drama alih suara reen rahim 2
“Hahahah editing terbaik”
Drama alih suara reen rahim 3
“Halau dia Kak Su halah halah halah”
Drama alih suara reen rahim 1

Sementara itu, apa kata klik pautan artikel di bawah untuk menyerikan lagi hari anda dengan kisah lawak yang lain.