Sunday, 19 April 2020
“Tegurlah Isteri” – Aiman Hakim Ditegur Kerana Zahirah Macwilson Terlalu S3ksi
Saturday, 18 April 2020
‘Please Jangan Tinggalin Aku’ – Isteri Glenn Fredly Teresak Hiba Ucap Kata Akhir Buat Suami
Suasana sugul menyelubungi seluruh kaum keluarga mendiang Glenn Fredly ketika penghormatan terakhir untuk penyanyi itu berlangsung. Paling menyentuh hati semestinya ketika balu, Mutia Ayu dan anak mereka Gewa berada di sisi mendiang memberi kata-kata akhir.
Dalam video dimuat naik Instagram bumi entertainment, Mutia tidak dapat menahan sebak, menangis pilu di samping jasad suami yang kaku tidak bernyawa. Dia kemudian mengendong Gewa daripada seorang ahli keluarga sambil berkata sesuatu, namun butir percakapannya tidak jelas dirakam video.
Menurut Tribun News, Mutia dilihat teresak-esak menangis sambil berbicara dengan beberapa perkataan sahaja yang jelas kedengaran.
Kamu janji. Please jangan tinggalin aku.
Sebelum itu, seorang demi seorang ahli keluarga memberikan kata akhir kepada jasad Glenn sebelum tiba giliran balunya itu. Kaum keluarga turut menyanyikan lagu Glenn, Kasih Putih bersama-sama sambil mata tertumpu kepada jasad di dalam keranda.
Mendiang dikebumikan di Tanah Pemakaman Umum (TPU) Tanah Kusir, Jakarta Selatan pada Khamis.
Sumber: Tribun News, Bumi Entertainment
VIRALBaru keluar wad, warga emas berkerusi roda lemah tunggu bas nak balik rumah
Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial yang memuat naik kisahnya bertemu seorang pakcik ditepi jalan dalam laman Facebook Penang Kini.
Berkerusi roda nak balik rumah
Menerusi posting tersebut, seorang lelaki tua berkerusi roda didakwa baru sahaja keluar dari Hospital Seberang Jaya mahu pulang ke rumahnya.
Dalam perkongsian itu juga, pengguna tersebut memaklumkan pada walnya dia ingin membantu menghantar pulang sahaja warga emas itu ke rumahnya, namun memikirkan dalam tempoh PKP, lebih elok jika menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.
Nampak lesu tak bermaya
Dalam gambar-gambar yang disertakan, jelas sekali warga emas tersebut kelihatan sangat tidak bermaya. Dia juga memberitahu bahawa baru keluar dari wad dan dihantar seseorang ke perhentian bas berdekataan untuk pulang ke rumah.
Terima kasih kepada yang menolong
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu yang menolong dan pihak polis yang sedia menghantar warga emas terbabit pulang kerumahnya.
Warganet juga mengakui sebak melihat kondisi lelaki tua itu yang begitu lemah diatas kerusi roda dalam keadaan cuaca panas terik.
Aduhh sedihnya. Teringat dekat arwah bapa
Orang2 sekitar memang dah kenal pakcik ni?
Sumber : ohmymedia